KEPEKATAN LOGAM BERAT DALAM SEDIMEN DAN MERETRIX SP. DI PESISIR PANTAI BONGAWAN DAN LOK KAWI, SABAH

ABSTRAK. Kajian ini bertujuan menentukan kepekatan logam berat iaitu Pb, Cd, Zn, Fe dan Cu di dalam Meretrix sp. dan sedimen di kawasan pesisir pantai Bongawan dan Lok Kawi, Sabah. Logam berat dianalisis menggunakan ICP-OES setelah tisu Meretrix sp. dan sedimen dihadamkan menggunakan larutan aqua regia (HNO3: HCl). Hasil analisis menunjukkan kepekatan Pb, Cd, Zn, Fe dan Cu dalam Meretrix sp. adalah masing-masing dalam julat 0.08 – 0.50 mgkg-1, < 0.01 - 0.05 mgkg-1, 5.46 – 12.0 mgkg-1, 78.54 – 237.45 mgkg-1 dan 0.45 – 1.2 mgkg-1 manakala dalam sedimen adalah masing-masing berjulat 0.25 – 2.95 mgkg-1, < 0.01 – 0.35 mgkg-1, 1.22 – 16.35 mgkg-1, 422.0 – 1028.95 mgkg-1 dan 0.13 – 1.90 mgkg-1. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapatnya pengaruh kepekatan logam berat daripada sedimen dalam Meretrix sp. yang signifikan pada aras p < 0.01 khususnya bagi logam Pb, Cd dan Zn. Ini turut dibuktikan daripada nilai pengiraan faktor biokepekatan (BCF) di antara sedimen dan Meretrix sp. yang berada pada julat logam Pb (0.12 – 0.56), Cd (0.14 – 4.00), Zn (0.73 – 6.52), Fe (0.12 – 0.56) dan Cu (0.16 – 5.14) masing-masing. Secara keseluruhannya, kepekatan semua logam berat dalam Meretrix sp. tidak melebihi had yang ditetapkan dalam Akta Makanan 1983.

KATAKUNCI. Logam berat, ICP-OES, sedimen, aqua regia, Meretrix sp.

Muat Turun Di Sini (Right-click dan save as)