PERANTI PENGIRAAN RASTER DALAM MERAMALKAN POTENSI TANAH RUNTUH: KAJIAN KES JALAN TAMBUNAN-RANAU, SABAH, MALAYSIA

Woon Zhan Wen dan Mustapa Abd. Talip

Program Geografi, Fakulti Kemanusiaan, Kesusasteraan dan Warisan,
Universiti Malaysia Sabah, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
e-mel: zhanwenwoon@yahoo.com

ABSTRAK Peranti pengiraan rasteradalah satu utiliti yang sangat berguna untuk melaksanakan pelbagai tugas yang berkaitan dengan grid.Tanah runtuh adalah pergerakan jisim batuan, tanah atau debris yang menuruni cerun di bawah pengaruh graviti. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti di mana kawasan potensi berlaku tanah runtuh dengan menggunakanperanti pengiraan raster.Kajian ini telah menggunakandua parameter yang diutamakan iaitu kecerunan dan ketinggian. Berpandukan garis panduan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kawasan ketinggian yang melebihi 1,000 meter dari aras laut, dan nilai kecerunan yang melebihi 35 sudut adalah dikira sebagai kawasan larangan untuk aktiviti manusia. Oleh itu, dengan menggunakan peta topografi yang telah didigitalkan (georeference)dengan menggunakan perisian ArcGIS telah membahagikan seluruh jalan kepada enam zon, dan setiap zon mempunyai 10 kilometerserta menggunakanperanti pengiraan rasteruntukmenghasilkan kawasan potensi berlakunya tanah runtuh. Hasil analisis mendapati bahawa kawasan yang berpotensi berlaku tanah runtuh adalah di kawasan Zon 4 iaitu sebanyak 0.086 peratus (0.811 km 2) yang berada di sekitar Kampung Madsangoh dan Kampung Tenompok. Dapatan kajian berdasarkan perisianArcGIS telah menyediakan data yang dalam bentuk pengiraanraster,sekaligus menghasilkan peta potensi tanah runtuh mengikut kawasan yang telah dizonkan.Hasil daripada peta terbitan (georeferenced) ini juga mampu dijadikan sumber rujukan baharu kepada pelbagai agensi dan jabatan tempatansebagai sumber rujukan serta sebagai kajian lanjutan pada masa akan datang.

KATA KUNCI Tanah Runtuh, GIS,Peranti Pengiraan Raster.

RUJUKAN

  • Bujang BK Huat, Faisal Hj. Ali, David H Baker, Harwant Singh, Husaini Omar (2008). Landslide in Malaysia: Occurences, assessment, analyses and remediation. Universiti Putra Malaysia: Serdang.
  • Batterson M., David Liverman, J. Ryan, D. Taylor (1999). The Assessment of Geological Hazards and Disasters in Newfoundland. Geological Survey, Report 99-1: 95-123. ESRI. 2017.
  • GIS Dictionary, diperolehi 8 Oktober 2017, https://support.esri.com/en/otherresources/gis-dictionary/term.
  • Woon Zhan Wen dan Mustapa Abd. Talip Felix Tongkul (2007). Geological Inputs in Road Design and Construction in Mountainous Areas of West Sabah, Malaysia. Natural Disaster Research Centre (NDRC): Universiti Malaysia Sabah.
  • Ibrahim Komoo (1985). Pengelasankegagalancerun di Malaysia.IlmuAlambab: 14 & 15. hlm. 47-58.
  • Muhammad Mukhlisin, Ilyias Idris, Al Sharif Salazar, Khairul Nizam, Mohd Raihan Taha (2010). GIS Based Landslide Hazard Mapping Prediction in Ulu Kalang, Malaysia. University Kebangsaan Malaysia: Faculty of Engineering and Built Environment.
  • Nawawi b. Jusoh (1996).PengenalpastianKawasan Tanah RuntuhDenganKaedah ‘Universal Soil Loss Equation’ (USLE).Fakulti Ukur dan Harta Tanah UniversitiTeknologi: Malaysia.
  • Sharpe, C.F.S. (1968). Landslides and relate phenomena. Cooper Square Publishers Inc: New York.
  • Tanah runtuh: Jalan Penampang-Tambunan ditutup sementara (2013), diperolehi, http://www.sinarharian.com.my/politik/tanah-runtuh-jalan-penampang-tambunan ditutup-sementara-1.166064. (11 Sept. 2016).
  • Varnes, D. J.. 1978. Slope movements types and process. Dlm: Schuster, R.L. &Krizek, R.L. (pnyt.), Landslides: Analysis and Control. Special PReport 176.Transportation Research Board, National Academy of Sciences, Washington.D.C. hlm.11 -33.
  • Wan Zuhairi Wan Yaacob. 2007. Geologi Sekitaran Bencana Geologi. Program Geologi: FakultiSainsdanTeknologi.

Download Full Paper Here (Right-Click and Save As.. )